11 December 2012

tumpang gembira untuk dia :)

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh ~

hye semua. sapa dia tu yaa? hehe. sebenarnya dia tu merujuk kepada ex bf ku. eh. bole pulak aq cakap pasal dya lagi kan. haha. macam begini ceritanyaa..


memang sudah lama aku tahu dia ada girlfriend baru. cewah. girlfriend baruu. haha. dia sendiri yang bagi tahu aku. dia ada mesej. time dia bagi tahu tu. aku rasa bersyukur sangat sebab ada sudah orang mau jaga dia kan. plus yang paling penting. dia boleh lupakan aku. yeahh. haha. jahat jugak aku ne kan. kejam. aishh. biar kan laa. haha

kelmarin. girlfirend nya PM aku d fb. dia tanya la aku ne ex gf si dia ka. ndak jugak dia tanya banyak laa. tapi ada la juga gf nya tu PM kan. gf dia cantik ohh. fuhh. boleh tahan jugak orang nya. comeoww gtu. haha

eh. aku nda mahu la jugak cakap banyak kan. silent is better than pokpek2. haha. nanti karang ada hal lain pulak yang timbul. i just want to say that i'm happy for them. that's it. ada kelas ni. haha :D

oke thank you for reading. byee :')

06 December 2012

kehidupan sebagai seorang pelajar :)

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh ~

hye semuaa. beginilah kan kehidupan sebagai pelajar. memang la banyak kerja yang perlu dibuat. perlu diselesaikan. semua tu dari kita jak. macam mana pengurusan masa kita. macam mana mau handle masalah. oke membebel. haha. aku tengah siap kan esei. assignment untuk ada lah subjek d UMS ne yang aq ambil. ada lah sikit. haha. apa yang ada la sikit ne? haha aku pun ndak tahu laa. aku macam mau merepek jak rasa. mau rehat jugak bha ne otak kan. huu

ne la akibat nya ne kalau selaluu tangguh kerja. kerja yang sudah lama di bagi. bila due date assignment ne mahu d hantar jugaaa la abru mau sibuk-sibuk buat. alaa. biasalah tu student. huu. aku sedar bhaa. sedar juagk ndak bagus ne buat kerja last minit. tapi apa kan daya kalau kudrat ne yang malas. haha. sekarang ada lebih kurang 6-7 assignment ku yang mau dihantar dalam masa terdekat ni. ada yang buat dalam group. ada yang individu. huu. tapi? semuaa nya in progress. itu pun baruu awal-2 part of assignment. apa laaa. rupanya kawan-kawan satu group aku pun sama malas macam aku jugak kan? haha. kalau begini lah cerita nya ni. alamat ndak tahu la macam mana keadaan pointer nanti ni kan. mudah-mudahan jak lah okay. insyaALLAH masih sempat untuk struggling. insyaALLAH !

aku ada aim ku sendiri. dan aku ada cara ku sendiri untuk mau capai aim ku. insyaALLAH akan aku usahakan. siapa ndak mahu pointer tinggi kan? insyaALLAH akan ku ulang benda yang baik yang pernah berlaku zaman matrik aku dulu. even ndak dapat empat rata. tapi hampir disitu la kan. alhamdulillah syukur kepada ALLAH. :)

apa yang penting. aku ndak terlambat untuk sedar bahawasanya final exam tinggal satu bulan jak lagi. aisehmann. bahawasanyaa. macam ikrar. hahaha. iyaa uols. final exam akan start on second of Jan. insyaALLAH.

so? now? how la ne? mau switch to exam mode ka? ermm. aq rasa belum lagi ne. sebab apaa. assignment belambak. perlu dikurangkan dulu assignment-2 sekalian ne. then only i will start my effort on studying. haha. btw. WISH ME LUCK ! :D

-fazleeayu-

25 November 2012

asyik-asyik lupa letak post title ! haha :D


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh~

Hyee semua nyaa. Bersyukur kita ke hadrat illahi diatas segala nikmat yang telah di berikan selama kita hidup di muka bumi Nya ini. Alhamdulillah. Oke.
Rasa macam mau update. Mau cerita la kan sikit-sikit pasal kehidupan aku sekarang ini. Huu. Alhamdulillah. Semakin bahagia di sisi keluarga. Disamping orang yang tersayang. Semenjak hadir nya my Mr AZ. Memang bahagia lah kan. Sentiasa make me comfort. Even selalu rindu dengan dia. Walaupun jauh. Tapi betul-betul la aku cakap. Rasa macam ndak berjauhan pun. Kadang-kadang tu ada la juga d rasa kan. Sudah memang hakikat nya begitu. Kami berjauhan. Tapi ndak tau macam mana. Apa dia buat. Memang aku rasa sentiasa dekat dengan dia. Connection kuat barangkali yaa. Hewheww :P

Dan pada tarikh 23-11-2012. Genap lah sebulan kami officially jadi pasangan. My boyfriend. C Mr. AZ. Alhamdulillah. Ohmaigod. Ndak pernah rasa bercinta macam begini. Bahagia selalu. Gaduh tu ada la kan. Tipu la kalau tiada. Tapi Alhamdulillah boleh jugak settle. Small matter. Biasa lah kan. Percintaan jarak jauh ne. Perasaan cemburu tu jangan cakap lah kan. Aishh. Berapa banyak “lah kan” daa. Haha. I’m sorry uols. Haha. Apa-apa pun, we BELIEVE each other. Memang lah orang selalu cakap jangan percaya boyfriend/girlfriend 100% kan. Cuma kita mestilah pandai-pandai. Jangan lah benda-benda yang jelas terang dan nyata kita di tipu-tipu pun kita ndak nampak. Kita mesti juga sedar bha kan kalau kita d tipu. Daannn. Jangan kerana cinta juga kita lupa asal usul kita. Oke ouls? Get it? hehe.

Apart from that, I got the scholarship from BKNS and JPA. Once again and forever, syukur Alhamdulillah keatas Allah. Rezeki yang di berikan untuk aku ni, aku sangat-sangat bersyukur. Tanpa usaha. Kita tidak akan berjaya kan kawan-kawan. So, fighting ! do well for your life. insyaAllah kalau usaha, pasti kita berjaya. Amin. I have to choose only one penaja. Sekarang ne tengah tunggu keputusan yang konfem daripada pihak JPA. Sebab JPA bagi duit banyak sikit dari BKNS. Jumaat ne baru ada taklimat JPA. Huu. Kaching-2 ! cepat la masuk. Haha. I need you now ! miahahaha :D

Lagi-lagi mau cerita ne. mau bagi tahu uols yang assignment ku. Jangan cakap lah kan. Nama pun student. Mesti la berlambak. Tambah-tambah lagi tahun pertama ni. Huu. Sabar jak laa. Buat kasi siap. Hantar. Dapat markah. At the end of sem. Take the exam. Dapat pointer. Good or bad. Its all depend on ourself. On myself !  haha. I’ll fight till the end. insyaAllah. Usaha tangga rumah tangga. Haha. Tambah banyak kita usaha. InsyaAllah tambah tinggi lah tangga di rumah kita nanti. Haha.

Minggu depan pulak. Which means from tomorrow onwards. Sekolah ku. Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa (SPTA) ada anjur piala dekan.  Ada la sukan and indoor game. Aku join futsal, badminton, 4 x 100 and 4 x 400. Haha. Ikut jak lah kan. Kalau menang menang lah. Kalau kalah. Balik bilik lah buat assignment kan. Haha. insyaAllah kita usaha lah dulu. Selebih nya kekuasaan pengadil yang mengadili itu games. Huuu. Mesti best kan esok. Can’t wait ohh. Haha.

Eee. Macam ndak mahu berhenti setory moryy la pulak aku kali ne. haha. Aku kan kawan-kawan. Pandai sudaa. Yehh. Pandai sudah apa la? Pandai sudah aku cakap cina ne sikit-sikit. Yihaaa !! aku ada pendorong dan pembakar semangat ku sendiri dalam belajar ilmu kecinaan ne. haha. Aku jadikan BFF ku pembakar semangat ku. Actually Maharani. My BFF. Dia melayu jugak. Tapi pandai cakap cina. I jeles uols ! haha. Itu lah sebab nya aku sangat-sangat lah teringin jugak pandai berbahasa cina. Lagi pun kan. Bahasa mandarin sekarang ni penting kot. Senang aku mau pegi Guangzhou nanti. Haha. Mana lah tahu kan. Ada peluang mau sambung degree di negara China. Kan kata orang cari ilmu biarlah sampai ke negeri China. Mau try lah nanti. Haha. And apa yang best nya d China ne kan. Barang-barang yang d jual tu murah. Makanan pun murah-murah. Mata wang d sana kan rendah. So, jumm lah ramai-ramai kita pergi ke China. Kita shopping !! haha. Begini naa cakap cina kalau sukak shopping. Wo xihuan mai dongxi. ! hahaha. Pandaikan saya? Aiyaa. Haha. Perasan lagi skejap. insyaAllah one day. I will expert in speaking mandarin. Chewah. Tinggi nya angan-2. Aja-aja fighting ! haha.
mean : Wo xiang ni ( I miss you )

Eh. Oke la suda ne kan. Cukup lah kan. Macam banyak betul suda ne. haha. Mau buat assignment la dlu. Memanggil-manggil suda dia minta di siapkan. Huhuu. “yaa. Yaa. Kejap assignment ku. Kejap aku buat kauu”. Haha. Oke la uols. GTG. Byee. XOXO


see how happy i am now ? haha. sebab my Mr AZ la ni begambar begini ni. hahaha :D


-fazleeayu-

06 November 2012

Bahagia semenjak saat itu ke saat ini :)

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh ~

Hai kawan-2 blogger sekalian. Teman-teman yang sudi berkunjung dan menjenguk-jenguk blog ku yang tidak seberapa ni. apa khabar kamu guys hari ne ? Pastikan ceria macam selalu okay ! Senyum sikit ? " :) ". Haa. Macam begitu laa. Baru handsome. Baru lawaa. Aisehman boii semboi. Mahu di puji-2 jugak sikit baru kembang bha kan. Baru tersenyum kan. "Ter" arr. haha. what the fish. tettt :DD

Alhamdulillah semenjak aku dengan AZ7 ku sama-sama. kami bahagiaa jak rasa. Masing-masing support each other. Setiap masalah dikongsi bersama. Setiap cerita dikongsi bersama. Syukur alhamdulillah sebab dapat orang macam dia. Boleh sentiasa buat aku selesa disampingnya (walaupun dia jauh nun d semenanjung sana). haha. Boleh buat aku senyum-senyum sendiri bila dapat text dari dia. boleh buat aku geram sendiri dengan cara nya layan aku. haha.

Mari kita cerita la sikit-sikit pasal my Mr. Right ne. dulu kan. kami sama-sama matriks juga. KML. huhu. tapi time d matriks tu. tiadalah rapat sangat kami berkawan. yang macam hai-2 jak terus. teda jugak lepak sama-sama selalu. memang jarang la kami mau bertegur. apatah lagi time sem 1. memang kurang. ada nya aku tengok dia pun time main diorang main futsal petang-petang. itu pun bukan dia yang aku tegur. tapi kawan-kawan nya. haha. dia kan. kalau time main kan. memang confirm kamu ketawa tengok. ulut nya pok pek pok pek kalau main. lucu.. haha. aku ketawa terus tu menengok gaya-gaya nya tu. tapi kan. time tu belum lagi ada apa-apa perasaan. tett. haha. jangan marah haa my Mr. Right.

Kami mulai rapat time laaast-last matriks. haha. ada la jugak meses sikit-sikit. rasanya lepas dia clash dengan girlfriend nya time tu. huu. lepas tu kann. time kami d tawau la baru kami rapat. selalu sudah meses-meses. pergi jalan sama-sama. wee. siok eh jalan sama dia. haha. ada tu kan satu malam. dia dengan sepupu-sepapatnya main futsal. d kompleks sukan tawau. dia cakap ndak payah lah pergi tengok diorang main kan. malu dia kunun. tapi aku ne kan memang jenis kaki penjalan jugak. kena-kena lagi bosan d rumah kan. teda apa-apa yang dibuat. pigi la aku bejalan naik kuda putih pink ku yang nama nya c Chotty tu pegi meneok dia main. lepas dari situu. kami lepak mcD. sama sepupu sepapat nya semuaa nyaa. adui. kering jugak la kan masa tuu. tapi mcD bha tu kan. sapa yang ndak mau makan kan. haha. kena-kena lagi lapar memang. haha. naa. kami sama-sama suka makan Mc Chicken. huhu. sharing same interest bha kami. banyak persamaan kami yang kami sukaa. contoh nya la kan. Kami sama menyokong pasukan Manchester United. Kami sama suka nombor 7. kami sama suka main bola. suka jalan-jalan. suka tengok wayang. suka la semua nya. haha. sama la memang selalu.

lepas tu kan. sekarang ne kan. dia sedang belajar nun jauh di sana Unimap. d Perlis dia. jauh kan? huu. tapi ndak apa la kan. itu keistimewaan yang ada dengan kami la kan. yang jarang-jarang orang ada. bukan pula langsung nda da kan. hubungan jarak jauh. yang menguji dan sentiasa menguji kami. lepas tu kan. lepas family kan. rindu ne kan. kalau di kumpul-kumpul. ndak tau berapa kilo. ndak tau berapa hektar. nak tau berapa dalam sudah. haha. palingg rindu la bilang orang. tapi sabar jak la kan. nanti jumpa juga tu. ada kan nama nya handphone. ada kan nama nya sms. call. mms. 3G. ada kan namanya internet. Facebook. Twitter. YM. Skype. banyak kan kemudahan yang boleh di pakai zaman sekarang ne. so. distance is not a big deals in our relationship. ! apa yang penting. we believe. we trust each other. jaga hubungan tanggungjawab kami. haha. macam iklan la pulak sudah. aiyoyo.haha.

all my families suda kenal sama dia. family nya pun suda kenal aku. harap-harap panjang jodoh la kan. berkekalan sampai akhir hayat. amin. hehe. apa-apa pun yang paling penting restu dari semua pihak. insyaAllah kalau tiada aral melintang. berbahagialah sehingga ke anak cucu. amin. teman-teman pun. doa-doa kan la yaa. hehe. :)

sekian.




Alhamdulillah :)

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh~

syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia nya kita masih mampu bernafas dan hidup di atas bumi Allah yang penuh pancaroba ini. Sesungguhnya segala puji-pujian hanyalah bagi Allah SWT. Mudah-mudahan hidup kita di berkati dan di rahmati oleh Allah SWT. Amin. :)

30 October 2012

H A P P I N E S S :)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh ~

Hyee. Mari mari dengar cerita saya. Kalau baca post sebelum ne. dengan jangka masa yang sangat-sangat lah pendek. Memang kamu kamu dan kamu boleh cop saya ne macam macam. Tapi inilah kebenaran nyaa wahai rakan sekalian. Haha. I’m happy now. I have my love now. My new love. I don’t want to talk about my past love anymore okey? I had found my sweet talker ! haha. Mahu tahu ka? Diaa. Suuuwwiiitt sangat sangat. Belum pernah aku jumpa lelaki macam dia. Selepas aku jumpa dia. Kenal dia dengan lebih rapat. Semakin hari semakin laa kuat aku rasa perasaan sayang ku sama dia. Auww. Haha. Malu pula jadi nya :P



Memang terlalu singkat la masa nya untuk aku jumpa orang baru yang akan menyerikan, membahagiakan, membuat aku ketawa, membuat aku senyum senyum sendiri dan baaanyak lagi laa. Haha. Terima kasih sebab mengembalikan senyuman d bibir ku. Walaupun status kita sedang blur-blur. Haha. Tapi kau lah juga yang paling sweet. I know that you really deeply love me. Same goes here. I love you so much. Aku pun ndak habis fikir. Cepat nya aku boleh jatuh cinta lagi. Tapi aku rasa. Kalau orang lain berada di tempatku. Orang tu pun mesti jatuh hati dengan kau sebab kau sangat sweet dan penyayang. Amboii. Macam aku promoter pulak sudah ne. haha.




Baru baru ne aku ada Tanya dia. “kita ne apa juga?” haha. Gila kan aku sampai tanya soalan begitu sama dia. Aku bha yang menanya. Aigoo. Haha. Terus kan. Dia jawab. “ndak tahu la.blur-blur.” Haha. Kilik kan jawapan nya. Sot. Then aku cakap “oke la”. Dya cakap “okee. Jangan blur-blur sama orang lain yaa”. Haha. Alahai my sweet talker.  Aku tahu masi belum nampak sweet nya d situ. Haha. Tapi apa apa pun biar aku jak yang tahu macam mana sweet nya dia. Lagi sweet dari aku weii. Malu aku jadi perempuan. Haha :D




To my dear Mr. AZ7,
                Don’t hurt me like I have experience before okay? I know you can make me happy at most of the time. I hope that you keep on being sweet sampai kita tua. I love you because of you. Hope we can learn everything together. Get through everything together. Do crazeee things together.  Laugh together. Feel happy together. Even cry together okay? We have our spot to achieve right? We must achieve it together. Success for our self, our parents and our families. Finish our degree. That is the most important thing. Even you far across the sea in the Peninsular Malaysia now, I can feel you near towards me. Aisehman. Haha. I love you and only you. Aku bersyukur sebab jumpa lelaki baik macam kau. Lelaki memahami macam kau. Lelaki yang boleh buat aku bahagia. Yes. The words we always say. BAHAGIA. BELIEVE. I believe in you. Itu setjak. :D



p/s : entry ne sepatut nya d post about 2 weeks ago. haha :D

10 October 2012

curhat II


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Apa khabar kalian? Sihat ? harap-2 begitu la kan. Ermm. Aku rindu dia. Aku selalu teringat dia. Kenapa tu ya? Aku yang mau putuskan hubungan kami. Tapi sekarang ? aku pulak yang rindu sama dia. Tidak dinafikan. Memang banyak la kenangan ku dengan dia. Banyak betul. Huu. Kalau aku tengok barang2 yang pernah dia bagi. Sayu hati ku. Sikit lagi menitiskan air mata. Tapi aku fikir balik. Untuk apa? Aku yang buat keputusan ni. Jadi aku ndak boleh mau suka-2 jak buat apa2 tanpa memikirkan perasaan nya kan? Huu. Sunyi. Kosong.

Mau tahu ka? Semakin ramai yang mengurat aku. Semakin aku ingat dengan dia. Memang bunyi nya macam berlagak. Macam borro bilang orang tawau. Macam poyo org semenanjung cakap. Tapi btl. Semakin ramai. Semakin ingat dengan dia. What you have done to me oh dear? Hati ku sekarang memang tertutup rapat. Tiada yang nama nya mau cari pasangan. Memang tidak. Tiada niat. tapi kalau tengok2 orang hensem boi tu memang biasa la kan. Haha. Tapi cukup setakat tengok. Tiada niat lain. Sekali lagi aku tegaskan di sini.
Macam mana aku mahu fikir soal cinta ne. kalau assignment memang berlambak yang perlu disiapkan. Dengan mid exam lagi yang ndak lama mau datang. Huu. Mesti focus ! wajib. Haha. Aku ndak mahu bha ne stress-2. Aku mau happy-2 ja. Tapi sekarang aku dapat rasa yang perangai aku berubah sedikit demi sedikit. Tidak macam dulu lagi. Tidak seceria dulu. Aii. Ndak best nya perasaan begini ni. Ya Allah ya tuhan ku. Kembali kan semangat dan diri ku yang dulu. Ceria walau apa pun yang terjadi. Sekarang aku perasan aku pendiam sikit. Mungkin sebab bebanan yang aku rasa ne aku jadi pendiam sikit. Sikit la. Haha. Tapi memang berubah. *sigh

Mungkin life sebenar d U ne aku belum rasa lagi kan? Mesti belum. Kalau begini la rasa nya hidup d U. aiyaa. Ndak best nyaa. Sendiri-2. Huu. Susah bha. Aish. Malsa la mau cakap suda. Bikin stress jak kan? Haha. Malam ne aku mau pergi library. Sendirian lagi. Mau buat assignment. Hari sabtu ne mau presentation suda. Wish me luck oke guys. Hmm. I think that’s all for now. Nanti ada mud ceria sikit. Aku akan tulis entri pasal baru-2 ne aku ikut family camp untuk School of International Tropical Forestry (SITF). Oke then. See ya in the next entry good bye :D