30 October 2012

H A P P I N E S S :)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh ~

Hyee. Mari mari dengar cerita saya. Kalau baca post sebelum ne. dengan jangka masa yang sangat-sangat lah pendek. Memang kamu kamu dan kamu boleh cop saya ne macam macam. Tapi inilah kebenaran nyaa wahai rakan sekalian. Haha. I’m happy now. I have my love now. My new love. I don’t want to talk about my past love anymore okey? I had found my sweet talker ! haha. Mahu tahu ka? Diaa. Suuuwwiiitt sangat sangat. Belum pernah aku jumpa lelaki macam dia. Selepas aku jumpa dia. Kenal dia dengan lebih rapat. Semakin hari semakin laa kuat aku rasa perasaan sayang ku sama dia. Auww. Haha. Malu pula jadi nya :P



Memang terlalu singkat la masa nya untuk aku jumpa orang baru yang akan menyerikan, membahagiakan, membuat aku ketawa, membuat aku senyum senyum sendiri dan baaanyak lagi laa. Haha. Terima kasih sebab mengembalikan senyuman d bibir ku. Walaupun status kita sedang blur-blur. Haha. Tapi kau lah juga yang paling sweet. I know that you really deeply love me. Same goes here. I love you so much. Aku pun ndak habis fikir. Cepat nya aku boleh jatuh cinta lagi. Tapi aku rasa. Kalau orang lain berada di tempatku. Orang tu pun mesti jatuh hati dengan kau sebab kau sangat sweet dan penyayang. Amboii. Macam aku promoter pulak sudah ne. haha.




Baru baru ne aku ada Tanya dia. “kita ne apa juga?” haha. Gila kan aku sampai tanya soalan begitu sama dia. Aku bha yang menanya. Aigoo. Haha. Terus kan. Dia jawab. “ndak tahu la.blur-blur.” Haha. Kilik kan jawapan nya. Sot. Then aku cakap “oke la”. Dya cakap “okee. Jangan blur-blur sama orang lain yaa”. Haha. Alahai my sweet talker.  Aku tahu masi belum nampak sweet nya d situ. Haha. Tapi apa apa pun biar aku jak yang tahu macam mana sweet nya dia. Lagi sweet dari aku weii. Malu aku jadi perempuan. Haha :D




To my dear Mr. AZ7,
                Don’t hurt me like I have experience before okay? I know you can make me happy at most of the time. I hope that you keep on being sweet sampai kita tua. I love you because of you. Hope we can learn everything together. Get through everything together. Do crazeee things together.  Laugh together. Feel happy together. Even cry together okay? We have our spot to achieve right? We must achieve it together. Success for our self, our parents and our families. Finish our degree. That is the most important thing. Even you far across the sea in the Peninsular Malaysia now, I can feel you near towards me. Aisehman. Haha. I love you and only you. Aku bersyukur sebab jumpa lelaki baik macam kau. Lelaki memahami macam kau. Lelaki yang boleh buat aku bahagia. Yes. The words we always say. BAHAGIA. BELIEVE. I believe in you. Itu setjak. :D



p/s : entry ne sepatut nya d post about 2 weeks ago. haha :D

10 October 2012

curhat II


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Apa khabar kalian? Sihat ? harap-2 begitu la kan. Ermm. Aku rindu dia. Aku selalu teringat dia. Kenapa tu ya? Aku yang mau putuskan hubungan kami. Tapi sekarang ? aku pulak yang rindu sama dia. Tidak dinafikan. Memang banyak la kenangan ku dengan dia. Banyak betul. Huu. Kalau aku tengok barang2 yang pernah dia bagi. Sayu hati ku. Sikit lagi menitiskan air mata. Tapi aku fikir balik. Untuk apa? Aku yang buat keputusan ni. Jadi aku ndak boleh mau suka-2 jak buat apa2 tanpa memikirkan perasaan nya kan? Huu. Sunyi. Kosong.

Mau tahu ka? Semakin ramai yang mengurat aku. Semakin aku ingat dengan dia. Memang bunyi nya macam berlagak. Macam borro bilang orang tawau. Macam poyo org semenanjung cakap. Tapi btl. Semakin ramai. Semakin ingat dengan dia. What you have done to me oh dear? Hati ku sekarang memang tertutup rapat. Tiada yang nama nya mau cari pasangan. Memang tidak. Tiada niat. tapi kalau tengok2 orang hensem boi tu memang biasa la kan. Haha. Tapi cukup setakat tengok. Tiada niat lain. Sekali lagi aku tegaskan di sini.
Macam mana aku mahu fikir soal cinta ne. kalau assignment memang berlambak yang perlu disiapkan. Dengan mid exam lagi yang ndak lama mau datang. Huu. Mesti focus ! wajib. Haha. Aku ndak mahu bha ne stress-2. Aku mau happy-2 ja. Tapi sekarang aku dapat rasa yang perangai aku berubah sedikit demi sedikit. Tidak macam dulu lagi. Tidak seceria dulu. Aii. Ndak best nya perasaan begini ni. Ya Allah ya tuhan ku. Kembali kan semangat dan diri ku yang dulu. Ceria walau apa pun yang terjadi. Sekarang aku perasan aku pendiam sikit. Mungkin sebab bebanan yang aku rasa ne aku jadi pendiam sikit. Sikit la. Haha. Tapi memang berubah. *sigh

Mungkin life sebenar d U ne aku belum rasa lagi kan? Mesti belum. Kalau begini la rasa nya hidup d U. aiyaa. Ndak best nyaa. Sendiri-2. Huu. Susah bha. Aish. Malsa la mau cakap suda. Bikin stress jak kan? Haha. Malam ne aku mau pergi library. Sendirian lagi. Mau buat assignment. Hari sabtu ne mau presentation suda. Wish me luck oke guys. Hmm. I think that’s all for now. Nanti ada mud ceria sikit. Aku akan tulis entri pasal baru-2 ne aku ikut family camp untuk School of International Tropical Forestry (SITF). Oke then. See ya in the next entry good bye :D

01 October 2012

curhat.


assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh ~

masalah. semua orang pernah menghadapi situasi dimana kita akan mmenghadapi konflik. terutamanya yang melibatkan hati dan perasaan. tipu kalau tidak pernah. hari ini 01/10/2012. aku perlu kan seseorang utuk mendengar luahan hati ku. lalu aku teringat pada belog ne. iyaa. belog ne la tempat yang paling sesuai sekali untuk aku curhat (curahan hati).

Sudah dua malam. aku menangis. different problems for different night. aku mengaku. masalah yang aku hadapi ne. berpunca dari diri ku sendiri. aku tidak boleh meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas bahu siapa2. kerana aku tahu aku yang bersalah dalam hal ni.

pertama. masalah perasaan. cinta. semua orang pernah bercinta. aku yakin itu. sakit di akhir perhubungan. nyilu. pilu. amat sakit sekali jika kita ditinggalkan atau meninggalkan orang yang kita sayangi. walaupun aku seorang yang periang. hanya tahu menjadi penghibur para sahabat di kala berkumpul. tapi apabila sampai ke soal hati dan perasaan. aku sensitif. aku mudah terasa. mudah menangis. mungkin diatas kesalahan yang aku lakukan berkali-kali membuatkan dia tidak tahan dengan perangai ku. aku punyai ramai kawan. perempuan. mahupun lelaki. mungkin sebab itu. oh tidak. bukan mungkin. pasti sebab itu. dia seorang yang sangat pencemburu. tambah2 lagi perasaan sayang nya yang amat mendalam terhadap ku. walau pun dahulu nya hubungan kami mendapat tentangan daripada keluarga ku. tapi kami masih tidak boleh menghalang perasaan yang timbul sejak dua tahun lepas. kami berstatus kawan. tapi juga seperti bercinta. seperti dahulu. benar kata orang2. tidak bahagia hubungan tanpa restu dari keluarga. aku sayang dia. tapi apa kan daya jika kami sudah tidak boleh lagi meneruskan perhubungan yang telah kami bina. baru sebulan aku d universiti. dugaan ini sudah mejadi cabaran bagiku. aku mesti kuat untuk meneruskan kehidupan ku. masih banyak matlamat yang perlu aku dahului. aku harapan untuk mengubah nasib keluarga. aku anak sulung. bukan hanya ummie dan abah yang mengharapkan aku membawa segulung ijazah di akhir pengajian ku nanti. keluarga yang lain juga begitu. dan disebabkan masalah ini. hati ku terkunci semula. tertutup rapat sebagaimana suatu ketika dahulu. ketika aku di kecewakan oleh insan yang bernama lelaki. jerak. fobia. takut ingin bercinta semula. aku hanya mampu menanti sehingga jodoh ku sampai. aku berharap agar mendapat suami yang baik. dan paling penting faham aku. dan untuk si dia. aku berharap kau berjumpa dengan perempuan yang lebih layak untuk kau sayangi. yanag bukan seperti aku hanya pandai untuk menyakiti hatimu. sungguh aku tidak layak menerima cinta darimu. haduii. jiwang sangat la pula kan. tapi kali ni aku bercakap dari hati. hati yang merasai segalanya. cinta. bahagia. sakit. seksa. celaru. bingung. kecewa. sedih. dan pelbagai lagi jenis perasaan. semuanya berbaur menjadi satu. tapi yang pasti. sakit sekali.

kedua. masalah keluarga. tetapi. aku tidak ingin berkongsi nya di sini. aku cuma berharap semuanya kembali seperti sedia kala. insyaAllah. amin. 

sekarang. aku berasa sedikit lega. kerana telah meluahkan segala perasaan yang terpendam. menangis aku sendirian. tiada tempat mengadu. betul apa kata penulis buku tentang personaliti warna. seperti yang aku pernah nyatakan dalam entri sebelum ini. warna kuning mempunyai ramai kawan. ramai sahabat. tetapi selalu merasakan kesunyian. sering kali aku ulang ayat ini. kelihatan seperti khurafat akibat mempercayai benda sedemikian. tapi ia nyata terjadi kepada ku. mulai saat ini, aku. hanya diriku. akan terus berjuang walau apa pun yang terjadi. aku akan terus mencari hidayah dan insyaAllah akan berusaha untuk mengubah hidup untuk menjadi lebih baik. masih banyak yang perlu aku pelajari jika dalam soal cinta. aku masih belum matang. belum cukup matang untuk ber"main" cinta. fokus ku kini hanya satu. SEGULUNG IJAZAH. insyaAllah akan ku usahakan!

sekian.