01 October 2012

curhat.


assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh ~

masalah. semua orang pernah menghadapi situasi dimana kita akan mmenghadapi konflik. terutamanya yang melibatkan hati dan perasaan. tipu kalau tidak pernah. hari ini 01/10/2012. aku perlu kan seseorang utuk mendengar luahan hati ku. lalu aku teringat pada belog ne. iyaa. belog ne la tempat yang paling sesuai sekali untuk aku curhat (curahan hati).

Sudah dua malam. aku menangis. different problems for different night. aku mengaku. masalah yang aku hadapi ne. berpunca dari diri ku sendiri. aku tidak boleh meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas bahu siapa2. kerana aku tahu aku yang bersalah dalam hal ni.

pertama. masalah perasaan. cinta. semua orang pernah bercinta. aku yakin itu. sakit di akhir perhubungan. nyilu. pilu. amat sakit sekali jika kita ditinggalkan atau meninggalkan orang yang kita sayangi. walaupun aku seorang yang periang. hanya tahu menjadi penghibur para sahabat di kala berkumpul. tapi apabila sampai ke soal hati dan perasaan. aku sensitif. aku mudah terasa. mudah menangis. mungkin diatas kesalahan yang aku lakukan berkali-kali membuatkan dia tidak tahan dengan perangai ku. aku punyai ramai kawan. perempuan. mahupun lelaki. mungkin sebab itu. oh tidak. bukan mungkin. pasti sebab itu. dia seorang yang sangat pencemburu. tambah2 lagi perasaan sayang nya yang amat mendalam terhadap ku. walau pun dahulu nya hubungan kami mendapat tentangan daripada keluarga ku. tapi kami masih tidak boleh menghalang perasaan yang timbul sejak dua tahun lepas. kami berstatus kawan. tapi juga seperti bercinta. seperti dahulu. benar kata orang2. tidak bahagia hubungan tanpa restu dari keluarga. aku sayang dia. tapi apa kan daya jika kami sudah tidak boleh lagi meneruskan perhubungan yang telah kami bina. baru sebulan aku d universiti. dugaan ini sudah mejadi cabaran bagiku. aku mesti kuat untuk meneruskan kehidupan ku. masih banyak matlamat yang perlu aku dahului. aku harapan untuk mengubah nasib keluarga. aku anak sulung. bukan hanya ummie dan abah yang mengharapkan aku membawa segulung ijazah di akhir pengajian ku nanti. keluarga yang lain juga begitu. dan disebabkan masalah ini. hati ku terkunci semula. tertutup rapat sebagaimana suatu ketika dahulu. ketika aku di kecewakan oleh insan yang bernama lelaki. jerak. fobia. takut ingin bercinta semula. aku hanya mampu menanti sehingga jodoh ku sampai. aku berharap agar mendapat suami yang baik. dan paling penting faham aku. dan untuk si dia. aku berharap kau berjumpa dengan perempuan yang lebih layak untuk kau sayangi. yanag bukan seperti aku hanya pandai untuk menyakiti hatimu. sungguh aku tidak layak menerima cinta darimu. haduii. jiwang sangat la pula kan. tapi kali ni aku bercakap dari hati. hati yang merasai segalanya. cinta. bahagia. sakit. seksa. celaru. bingung. kecewa. sedih. dan pelbagai lagi jenis perasaan. semuanya berbaur menjadi satu. tapi yang pasti. sakit sekali.

kedua. masalah keluarga. tetapi. aku tidak ingin berkongsi nya di sini. aku cuma berharap semuanya kembali seperti sedia kala. insyaAllah. amin. 

sekarang. aku berasa sedikit lega. kerana telah meluahkan segala perasaan yang terpendam. menangis aku sendirian. tiada tempat mengadu. betul apa kata penulis buku tentang personaliti warna. seperti yang aku pernah nyatakan dalam entri sebelum ini. warna kuning mempunyai ramai kawan. ramai sahabat. tetapi selalu merasakan kesunyian. sering kali aku ulang ayat ini. kelihatan seperti khurafat akibat mempercayai benda sedemikian. tapi ia nyata terjadi kepada ku. mulai saat ini, aku. hanya diriku. akan terus berjuang walau apa pun yang terjadi. aku akan terus mencari hidayah dan insyaAllah akan berusaha untuk mengubah hidup untuk menjadi lebih baik. masih banyak yang perlu aku pelajari jika dalam soal cinta. aku masih belum matang. belum cukup matang untuk ber"main" cinta. fokus ku kini hanya satu. SEGULUNG IJAZAH. insyaAllah akan ku usahakan!

sekian.

3 comments:

TRAVELOG ATEH said...

kene kuat semangat tau. akak pun bru putus cinta. memang perasaan time tue sakit sangat2, pilu and frust punya pasal dah fail satu subjct in exam. mungkin xder jodoh. tp insyaAllah, mungkin ada lagi yg terbaik untuk kita. ok. cheer up. stdy smart.

Fazleeayu said...

insyaAllah. main. mudah2an la kan kak. thank you for your support k. kita kuat kan. we are strong women :)

Unknown said...

cntik blog awak..